? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

kejohanan sukan SK Taman Perling 2010

Acara Akhir Padang 2011

Sukan TahunanSK Taman Perling

Cikgu-cikgu Pj boleh la baca..

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.


Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihatApakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
Maksud Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan
tiga perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?
Penglibatan murid secara penghayatan ilmu Interaksi dengan guru, dan rakanmasyarakat
Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==
Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .

Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.
1) Kecergasan Fizikal
2)Koordinasi
3) Imbangan
4) Ketangkasan
5) Kuasa
6) Masa Respons
7) Kepantasan


Berasaskan pelakuan motor

1) Berasaskan kesihatan
2) Daya tahan kardiovaskular
3) Daya tahan Otot
4) Kekuatan
5) Kelenturan
6) Komposisi badan

Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi


Kesukanan
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.


Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan .
Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan


Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah
Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas

"http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani"
Kategori: Rencana yang mengandungi kajian peribadi since Julai 2008 Semua rencana yang mungkin mengandungi kajian peribadi Rencana perlu diwikikan Pendidikan