? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

kejohanan sukan SK Taman Perling 2010

Acara Akhir Padang 2011

Sukan TahunanSK Taman Perling

4 Asas senaman..


Senaman adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani.

Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.

Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas senaman ialah:

1. Senaman Ketahanan

Aktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman Keseimbangan

Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu perkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

3. Senaman Fleksibiliti

Ia adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga, gimrama dan aerobik.



4. Senaman Kekuatan

Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah, senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat adalah jenis kekuatan.

Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala mengambil masa lama untuk pulih.

Tip senaman yang baik

Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan sebaliknya.

Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.

Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi mengelak ketidakselesaan dan kecederaan

Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel.

Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda

Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga, jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.


PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1995

No. Rujuikan : KP (BS) 8591/Jld. VII/(81)

Bertarikh 7 Februari 1995

Keselamatan Diri Pelajar Semasa P&P PJPK



Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Ø Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau diluar bilik darjah.

Ø Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.


Stor Sukan

Ø Stor sukan mestilah kemas dan tersusun.

Ø Alat-alat mestilah diletakkan pada tempat-tempat yang mudah diambil untuk kegunaan.

Ø Setiap alat yang dikeluarkan dari stor mestilah direkodkan dalam buku ”keluar dan masuk alat-alat sukan”


Penyelenggaraan Peralatan Sukan

Ø Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor dan alat-alat dari masa ke masa untuk memastikan semua perlatan sukan dalam keadaan baik.





Disediakan oleh :
Ketua Panitia PJPK SKTP

Ingatan kepada guru PJ SKTP

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1985

3.2. Sewaktu Bertugas Di Luar Bilik Darjah

( Ketika Menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani Dan Sukan )
- Lelaki Dan Perempuan.

3.2.1. ‘Track suit’ , seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/ pensyarah lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dalam gerakerja tersebut.

3.2.2. Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai.

Menjaga Kesihatan Diri

Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.

Perasan tak kalau kita tengok TV documentary "mat salleh", ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.
Cara pemakanan & "lifestyle" orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.
Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini.
Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri`