Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.
Perasan tak kalau kita tengok TV documentary "mat salleh", ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.
Cara pemakanan & "lifestyle" orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.
Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini.
Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri`