? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

kejohanan sukan SK Taman Perling 2010

Acara Akhir Padang 2011

Sukan TahunanSK Taman Perling

Senaman Oh, Senaman..

SENAMAN


Jantung Cergas - Jantung Sihat


  • Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.


  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.


  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).


  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.


  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
    Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.


Bagaimana Hendak Bersenam




Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.




Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.




Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.




Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.


dipetik dari..

Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92



Senamrobik..Mengapa & Kenapa?


Setelah sehari suntuk bekerja,adakah anda terasa penat untuk bergerak selepas itu?Pernah anda mendapati diri anda tidak berupaya mengikuti perbualan seorang kawan ketika sedang menaiki tangga?Dan kawan anda tidak mengah langsung!Adakah anda kagum dengan rakan sekerja yang begitu bertenaga yang begitu bertenaga dan terfikir bagaimana dia boleh sentiasa berkeadaan bertenaga?Jika jawapan anda kepada soalan-soalan ini adalah 'ya',penyelesaian yang mudah ialan BERSENAM!Memang benar....BERSENAM!

SENAM AEROBIK DAN KEHILANGAN BERAT BADAN Senaman aerobik tetap meningkatkan metabolisme asas tubuh anda.Metabolisme asas adalah bilangan kalori yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh supaya berfungsi ketika anda berehat.Tubuh anda akan membakar lebih banyak kalori untuk jamgkamasa yang lebih lama walaupun selepas anda berhenti bersenam!Ini bermakna kehilangan berat badan dan kegunaan yg lebih efisien drp tubuh anda menyimpan lemak sebagai tenaga.Program aerobik yang konsisten akan merendahkan "point set" tubuh anda."Point set" dipicu oleh otak.Senaman aerobik dan Pengurangan Tekanan.Mungkin satu ganjaran yang diperolehi drp senaman aerobik yang biasa ia memainkan faktor yang utama membantu mengurangkan tekanan dan tegangan.Dan anda akan merasa lebih sihat.
Lihat Video di sebelah..

Tips sihat Minggu ini..


10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan


10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan
Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!


Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.


2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
Minum petang (3.30 – 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.


7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.


8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.


9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Anda mungkin juga meminati:

Tips ini dipetik daripada Petua Melayu.Com

10 soalan (Panduan senaman ketika berpuasa)

10 Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan

1. Bole bersenam ketika berpuasa?
Yes bole tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.

2. Bila boleh bersenam cardio?
Yup bole, especially if you are looking to bakar lemak, senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga ketika berbuka.

3. Intensiti senaman pulak?
Well, take it easy la….you are not training untuk performance tetapi untuk pembakaran lemak. Kalau anda berasa pening etc..than stop. Exercising tanpa bekalan air aint easy.

4. Latihan pemberat (weight training) camane?
Dont do weight training sebelum berbuka. Selepas berbuka its ok.

5. Kalau buat weight training while fasting?
If you degil jugak and do weight training ketika berpuasa, first of all your body will have no energy for a quality workout dan yang kedua, your body akan memecahkan otot untuk sumber tenaga – so you rugi je!

6. Untuk berbuka, nak makan apa?
A balanced meal ataupun makanan seimbang. Obviously you should enjoy yourself but makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

7. Kurma menggemukkan tak?
I love kurmas but yeah, they are loaded with sugar so dont eat too many. The exact number of calories would depends on the type, size etc.

8. Will you lose weight during puasa?
Yeah most probably….no matter how much you eat during puasa, most of us will lose weight during puasa.

9. Imsak nak makan apa?
Depends on how much time you have la. For me, I look for something quick, easy dan makanan yang membekalkan tenaga yang berterusan – complex foods. Jadi saya biasanya makan, wholewheat cereal, susu dan banyak minum air.

10. I will train during ramadhan?
Yup. Biasanya I’ll stop training to rest etc, tetapi tahun ini saya akan terus workout dan main futsal tetapi not as much la….probably 1-2 kali seminggu.

di petikan hasil dari KevinZahri Health and Fitness..