? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

kejohanan sukan SK Taman Perling 2010

Acara Akhir Padang 2011

Sukan TahunanSK Taman Perling

Halaman Sihat..













SENAMAN: Berusaha kearah kesihatan optimum.Tidakkah anda ingin kelihatan dan berasa lebih sihat serta memiliki lebih banyak tenaga?Senaman mempunyai faedah-faedah ini.Senaman dan pergerakan yang tetap mempengaruhi tubuh badan supaya anda berasa lebih sihat.Mekanisma fisiologi adalah kompleks tetapi tanyalah kepada sesiapa yang kerap bersenam dan mereka yang akan memberitahu anda,"Saya berasa amat sihat!".Ada banyak faedahnya iaitu bersantai,pembinaan otot,kurang berasa risau dan meningkatkan harga diri.

Diet/Permakanan:Untuk Sepanjang Hayat Kita memerlukan makanan untuk hidup.Pernahkah anda memikirkan cara makanan yang anda makan itu mempengaruhi kualiti hidup anda? Para saintis telah mengenalpasti banyak bahan-bahan dalam makanan adalah perlu untuk kita sentiasa sihat.Ini termasuklah karbohidrat,protein,lemak(kesemuanya memberi tenaga dalam bentuk kalori),vitamin,mineral dan serat.45 zat makanan dikenali adalah penting untuk kesihatan manusia.Sesetengah zat makanan ,seperti protein dan karbohidrat,adalah diperlukan dalam jumlah yang lebih besar.Yang lain-lain seperti mineral surih diperlukan dalam kuantiti yang amat sedikit.




Rehat:Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur?Jika 'YA",sertailah 20-40% orang dewasa yang berkongsi masalah ini.Yang ironiknya,untuk mendapatkan"kesihatan optimum",maka peruntukan rehat setiap hari perlu dititikberatkan.Walau bagaimanapun ,kekurangan rehat yang sempurna bukan sahaja membuat anda letih tetapi juga boleh sangat mempengaruhi kesihatan anda.Umumnya kebanyakan orang memerlukan 6-8 jam tidur pada waktu malam.Tekanan biasanya berpunca daripada kurang tidur dan rehat.Kerisauan dan kebimbangan juga membawa kepada rehat yang tidak cukup.Cari jalan untuk hadapi perkara ini.Salah satu caranya adalah menceritakan kepada rakan-rakan atau counselor.Minum alkohol atau kopi dalam kuantiti yang sedikit berkemungkinan kurang membahayakan.Walaubagaimanapun alkohol dan minuman ya mengandungi caffeina dalam kuantiti yang besar dan kerap boleh mengganggu tidur malam yang baik...selanjutnya




Sikap Mental Yang Positif(Attitude)Pemikiran adalah harta yang berkuasa dan kita perlu menjaganya agar ia sentiasa sihat.Pemikiran yang positif boleh membantu menjauhkan penyakit.Penyelidikan menunjukkan bahawa pandangan positif akan merangsang ketahanan perlalian tubuh.Mengamalkan pencegahan adalah penting untuk kesihatan mental.Tekana adalah satu daripada bahagian hidup yanng penting kerana ia membantu memotivasikan kita untuk menghadapi cabaran dengan pemberian rangsangan kepada kita.Ia melakukannya dengan mengaktifkan sistem saraf simpati kita.Bila kita dalam keadaan "stress"(ketegangan) tubuhbadan kita menghasilkan dan membebaskan sejenis hormon 'adrenalin" yang akan memyebabkan jantung kita berdenyut kencang keran kita perlu lebih oksigen.Stress adalah pembunuh yang pantas.

Berikut adalah cara-cara untuk membantu menjauhkan tekanan:

1.Peruntukkan masa untuk rehat setiap hari.
2.Terima apa yang tidak boleh ditukar(redha)
3.Sentiasa membuat perancangan.
4.Bersenam(mengurangkan kesan tekanan)
5.Makan diet(permakanan) yang sihat supaya badan mempunyai zat yang diperlukan untuk mengatasi tekanan.


Ramai orang mengambil mudah tentang kesihatan,sehinggalah tiba masa sakit.Tanpa kesihatan optimum,kehidupan tidak dikecapi sepenuhnya. Kesihatan optimum merangkumi 4 perkara dalam hidup kita: senaman,diet,rehat dan sikap mental yang positif.Keseimbangan 4 perkara inilah yang membentuk KESIHATAN OPTIMUM.