? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

kejohanan sukan SK Taman Perling 2010

Acara Akhir Padang 2011

Sukan TahunanSK Taman Perling

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

MATLAMAT 1MURID 1SUKAN :

a) Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

b) Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF 1MURID 1SUKAN :

a) Meningkatkan kecergasan jasmani.

b) Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

c) Memupuk perpaduan di antara kaum

d) Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

e) Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

f) Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

g) Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Sukan Sepanjang Tahun


LARIAN MAHKOTA JOHOR



PASUKAN RAGBI SEKOLAH


SUKANEKA DI KELAS PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN



PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH

Info sihat..

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat:

  • Meningkatkan status kesihatan anda
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

Makan Secara Sihat

  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.


Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiada berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

    • Melengahkan-lengah
    • Minum banyak air
    • Menarik nafas panjang
    • Membuat sesuatu
    • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
    • Mengunyah sesuatu
    • Membasuh tangan
    • Mandi dengan kerap
    • Melakukan senaman regangan
    • Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal

  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


Pengenalan Ujian Segak

Salam...
Tujuan Pengenalan Ujian Segak ini dicoretkan di blog Panitia PJPJK Sk Taman Perling ini bertujuan memberi sedikit sebanyak info tentang Ujian Kecergasan yang dilakanakan 2 kali setahun. Ini bertujuan membantu guru-guru baru di sekolah Sk Taman Perling dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat tentang Ujian Segak ini...

SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN

APAKAH SEGAK?

# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

MATLAMAT

# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

UJIAN-UJIAN SEGAK

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )

2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )

3. RINGKUK TUBI SEPARA

4. JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!

Prosedur ujian akan bolehlah didapati di http://www.scribd.com/doc/20908113/BUKU-PANDUAN-SEGAK-2009

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada pengunjung blog saya....

Sukan di Perkasa Tahun 2011

Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum. “Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.

“Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula tahun depan, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di Bangunan Parlimen.

Muhyiddin berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.

Katanya, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
“Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

“Cara ini untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlit, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah pembabitan pelajar dalam bidang pasukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung dasar pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal yang berkaitan.

“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah negara yang sudah memperkenalkan (dasar ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah sudah dibincangkan oleh banyak pihak.

“Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham yang ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

“Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sukansekolahdiperkasa

Salam 2011

Salam..kepada pengunjung blog Paniitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK Taman Perling Johor Bahru...

Salam perkenalan juga kepada ahli-ahli baru Panitia PJPJK serta Ajk2nya..diharapkan kerjasama yang baik dapat ditunjukkan dalam organisasi..kepada ahli Panitia yang lama, tahniah kerana telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang baik dalam mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sepanjang tahun 2010..



INFO PERMAINAN



Pengenalan Kepada Permainan Ragbi

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.


Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

PAKAIAN

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.


Perlaksanaan Ujian Segak Kali ke 2







Assalamuailum wbt/salam Sejahtera

Kepada Guru PJpJK Tahap 2 Ujian Segak kali ke 2 perlu dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Sebelum 30 Julai 2010
Penghantaran Data kepada Ketua Panitia : sebelum 8 ogos 2010

Segala kerjasama daripada guru berkenaan amat dihargai dan diucapkan terima kasih..



Jenguk2 Sukma di Melaka...

MERLIMAU (16 Jun 2010) - Perlawanan Final ragbi Sukan Malaysia XIII di Politeknik Merlimau Melaka pada hari ini berlangsung dalam keadaan panas namun kehangatan perlawanan dapat dirasai oleh semua penonton yang asyik melihat gerakan pantas, tackle yang bertali arus dan try bertubi-tubi.

Pemain Kedah ni, mcm Negro..tinggi beb..he
Jumpa kawan lama masa belajar di Sport Rec Uitm...Ramai yg turun tetapi di venue yg berbeza
Pemain Johor...
Cikgu Nizam pun ada...



Johor Vs Terengganu..

Johor da leading..3 minit akhir,trengganu try plak..so klah la..


14-12..


Keputusan :
Johan =Terengganu
N.Johan = Johor
Ketiga = Sabah
Keempat = Kedah



30 minit untuk kesempurnaan kesihatan

30 minit untuk kesempurnaan kesihatanDate: Friday, May 10 @ 17:26:03 MYT
Oleh Rosyatimah Tukimin

PENGARAH penyelidikan, Dr Steven N Blair, melakukan senaman jalan cepat sejauh 300 meter sepanjang koridor bilik hotelnya sebelum menyampaikan ucapan kepada kira-kira 100 orang yang terbabit dalam bidang kesihatan baru-baru ini.Beliau baru tiba dari Bangkok dan hanya mempunyai kira-kira sejam sebelum simposium �Aktiviti Fizikal dan Obesiti� diadakan petang itu.Jika ada masa lebih, Dr Blair pasti melakukan senaman jalan dengan lebih lama. Senaman, dengan yang paling ringkas ialah menaiki dan menuruni anak tangga dan bukan semata-mata berjalan, harus menjadi kegiatan harian setiap orang ke arah memperoleh kehidupan lebih sihat.�Senaman yang terkumpul selama 30 minit adalah apa yang anda perlukan untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko kesihatan,� katanya.Apa yang beliau maksudkan �terkumpul� ialah masa 30 minit boleh dipecahkan kepada tiga senaman 10 minit setiap satu dalam masa sehari.Jika senaman itu dilakukan, katanya, orang ramai sekurang-kurangnya akan berada dalam kategori sihat sederhana.�Lupakan hasrat untuk menjadi kurus.

Sememangnya sukar untuk mengurangkan berat badan tetapi seseorang itu masih boleh gemuk dan sihat dengan selalu bersenam,� katanya.Dr Blair, yang juga pengarah epidemiologi dan aplikasi klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas, Texas, berkata manusia umumnya pantas menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi peningkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian.�

Fungsi kegiatan fizikal berhubung kegemukan atau obesiti serta status kesihatan disebut-sebut dalam kebanyakan laporan dan cadangan tetapi ia mungkin tidak menerima penekanan sewajarnya.�Kebanyakan laporan gagal menyebut kegiatan fizikal, terutama kecergasan fizikal,� katanya.Beliau berkata, cara hidup sihat dan aktif sememangnya dapat mengurangkan risiko bertambah berat badan dan ia sangat berguna dalam program mengurangkan berat badan.�Tetapi, apa yang ramai tidak sedar ialah ia (kegiatan fizikal) juga memberikan manfaat kesihatan kepada individu yang gemuk atau amat gemuk,� kata Dr Blair, yang juga bertubuh gemuk.Katanya, satu laporan jurnal yang diterbitkan institutnya dua tahun lalu mendapati daripada 42,000 lelaki pelbagai usia yang dikaji dan dipantau selama 10 tahun, lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkinan meninggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus tetapi tidak cergas.�Saya berlari setiap hari, kira-kira 35 minit hampir setiap hari. Ketika saya mula melakukan senaman larian, saya bertubuh gemuk dan kini saya masih lagi rendah dan gemuk. Dalam masa 35 tahun, saya sudah berlari lebih 800,000 kilometer.�Saya berlari lebih jauh daripada 95 peratus lelaki berusia 53 tahun di Amerika Syarikat. Dalam tempoh itu, berat badan saya bertambah 40 paun tetapi saya masih lagi cergas dan sihat,� katanya.Beliau juga mendapati iklan mengenai produk atau program menguruskan berat badan hanya memberi tumpuan kepada faktor berat.�Iklan memaksa orang ramai untuk menjadi kurus tetapi tidak semestinya cergas dan sihat,� katanya.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April, mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa kurang bersenam secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada anggaran 30 juta kematian setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya adalah di negara membangun.Laporan itu juga menyebut penyakit kronik yang berpunca daripada kurang bersenam, diet buruk dan merokok kini adalah punca utama kematian di setiap pelosok dunia kecuali kawasan Sahara di Afrika dengan Aids masih menjadi ancaman utama.Mesej yang cuba disampaikannya ialah manusia harus mengamalkan cara hidup sihat.Laporan itu jelas bersetuju dengan sesetengah hasil kajian institut Dr Blair bahawa kurang aktif dan paras kecergasan kardiorespiratori rendah (CRF) meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan lain-lain penyakit atau keadaan.�Ini dapat dilihat dalam semua strata Body Mass Index (BMI) dan obesiti kelas II,� kata Dr Blair.BMI dikira dengan membahagikan berat (dalam kg) dengan ketinggian (dalam meter) padu. Jika BMI adalah antara 24.9 hingga 30, seseorang itu gemuk. Jika BMI lebih daripada 30, seseorang itu dianggap amat gemuk.Dr Blair berkata, sesetengah hasil kajian itu juga mendapati paras rendah CRF pada lelaki yang gemuk atau amat gemuk adalah sama bahayanya dengan penyakit berbahaya lain seperti diabetes, merokok atau mempunyai paras kolesterol atau tekanan darah tinggi.Walaupun Dr Blair percaya bahawa diet penting, beliau cenderung untuk mencadangkan supaya diadakan lebih banyak kegiatan fizikal.Katanya, tidak terlewat bagi mereka yang berusia 100 tahun, warga tua di rumah penjagaan serta yang dalam keadaan kritikal untuk melakukan senaman dan meningkatkan kecergasan mereka bagi membolehkan risiko kesihatan dikurangkan.Beliau juga mencadangkan program dan cadangan kesihatan awam serta usaha klinikal memberi lebih penekanan kepada kegiatan fizikal.�Jangan rawat BMI, ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, rawat semua ini -- tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, diabetes, tahap kecergasan yang rendah,� katanya.Dalam senario rakyat Malaysia, obesiti semakin meningkat. Kira-kira enam peratus rakyat Malaysia dianggap dalam kategori amat gemuk, yang meningkat hampir 10 peratus pada 2000 berbanding 1992.Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata dengan penekanan diberikan kepada usaha seperti pemakanan sihat, mengurangkan kolesterol dan glukos dalam darah, adalah penting bagi orang awam sedar dan tahu imej tubuh dan BMI, dalam nilai-nilai normal, bukanlah perkara yang penting.�Adalah lebih penting untuk memastikan bahawa seseorang itu aktif dari segi fizikal. Manusia harus terus aktif dan membabitkan diri dalam pelbagai bentuk kegiatan yang termasuk senaman jalan pantas, menaiki tangga dan memotong rumput,� kata Dr Tee.

-- Bernama

SeGak kali ke 2 (2010)












Salam..





Terima kasih kepada guru PJPJK SK Taman Perling yang telah berjaya menyiapkan data Segak yg Pertama untuk Tahun ini..

Ujian Segak..











Perhatian kepada Guru PJPJK SkTaman Perling 2010. sesi Pagi (taHUN4-6)


Ujian Segak wajib dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan PERTENGAHAN BULAN APRIL.


Pengumpulan data perlu dilakukan dan diserahkan awal Mei 2010.


segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan KP Panitia PJPJK SK Taman Perling..


SEKIAN TERIMA KASIH

Panduan untuk guru PJ dan murid-murid.



Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman
Sebab-sebab:-


• Memanaskan otot
• Menambahkan peredaran darah ke otot
Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.


Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab:


• Merehatkan otot
• Membuang bahan perkumuhan
• Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman



Tips seNaman Minggu ini..

Tip senaman yang baik

1)Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan
sebaliknya.

2) Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu
doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.

3) Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi
mengelak ketidakselesaan dan kecederaan

4) Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan
jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel

5) Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda

6) Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,
jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.

- Berita Harian

Sihat Sepanjang Hari..

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

Makan Secara Sihat
Lakukan Aktiviti Fizikal
Tidak Merokok
Belajar Menangani Stress

Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih