Sukan TahunanSK Taman Perling
Ujian Segak..
Posted by Qisah Qaisara 08 at 12:36 PTG
Labels: Ujian Kecergasan murid..
Panduan untuk guru PJ dan murid-murid.

Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman
Sebab-sebab:-
• Memanaskan otot
• Menambahkan peredaran darah ke otot
Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.
Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab:
• Membuang bahan perkumuhan
• Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman
Posted by Qisah Qaisara 08 at 8:51 PTG
Tips seNaman Minggu ini..
Tip senaman yang baik
1)Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan
sebaliknya.
2) Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu
doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.
3) Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi
mengelak ketidakselesaan dan kecederaan
4) Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan
jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel
5) Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda
6) Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,
jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.
- Berita Harian
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:26 PG
Labels: Tips Kesihatan
Sihat Sepanjang Hari..
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
Makan Secara Sihat
Lakukan Aktiviti Fizikal
Tidak Merokok
Belajar Menangani Stress
Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:57 PG
Labels: Tips Kesihatan minggu ini..
Program Sukan Tahun 6 selepas UPSR
Posted by Qisah Qaisara 08 at 2:17 PG
Labels: Bola Sepak dan Bola Jaring
Senaman Oh, Senaman..
Jantung Cergas - Jantung Sihat
- Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
- Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
- Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
- Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
- Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam
Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
dipetik dari..
Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92
Posted by Qisah Qaisara 08 at 1:05 PG
Labels: Tips sihat minggu ini..
Senamrobik..Mengapa & Kenapa?
Setelah sehari suntuk bekerja,adakah anda terasa penat untuk bergerak selepas itu?Pernah anda mendapati diri anda tidak berupaya mengikuti perbualan seorang kawan ketika sedang menaiki tangga?Dan kawan anda tidak mengah langsung!Adakah anda kagum dengan rakan sekerja yang begitu bertenaga yang begitu bertenaga dan terfikir bagaimana dia boleh sentiasa berkeadaan bertenaga?Jika jawapan anda kepada soalan-soalan ini adalah 'ya',penyelesaian yang mudah ialan BERSENAM!Memang benar....BERSENAM!
SENAM AEROBIK DAN KEHILANGAN BERAT BADAN Senaman aerobik tetap meningkatkan metabolisme asas tubuh anda.Metabolisme asas adalah bilangan kalori yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh supaya berfungsi ketika anda berehat.Tubuh anda akan membakar lebih banyak kalori untuk jamgkamasa yang lebih lama walaupun selepas anda berhenti bersenam!Ini bermakna kehilangan berat badan dan kegunaan yg lebih efisien drp tubuh anda menyimpan lemak sebagai tenaga.Program aerobik yang konsisten akan merendahkan "point set" tubuh anda."Point set" dipicu oleh otak.Senaman aerobik dan Pengurangan Tekanan.Mungkin satu ganjaran yang diperolehi drp senaman aerobik yang biasa ia memainkan faktor yang utama membantu mengurangkan tekanan dan tegangan.Dan anda akan merasa lebih sihat.
Posted by Qisah Qaisara 08 at 9:58 PG
Labels: Tips Kesihatan minggu ini..